12 October 2011

Cinta Serban dan Jilbab

Assalamualaikum and greetings to all.

So2, dah agak lama since semua orang dah start busy dengan dunia kolej dan sama waktu dengannya. Tak lupa juga ramai yang dah fly kan? Err..takde orang pergi airport hantar sesiapa ke? Well, yang kat luar2 tu silalah mengepost pengalaman2 anda kat sana. Share cause we care :)

Okay, emm..pelik pula cakap pasal cinta-cintun ni.*Sila rujuk title di atas. Tak tahu lah apasal. Tapi, kalau kat CFS benda ni jelah orang suka. Time2 ceramah pasal benda ni jelah baru ramai budak laki. Kalau tak satu dewan tu perempuan jela.. laki berapa baris je kadang2 ..haru kan? ai~ Ouh and btw, saya tak post kat blog saya sendiri sebab saya taknak cakap pasal benda2 ni. haha. merepek je~

For this time, benda ni actually dalam bentuk forum which by the way disampaikan oleh Imam Muda <3 IM Azhar, IM Fakhrul, IM Hizbur..maaflah tak ada IM Asyraf or IM Hassan tapi ada sekali IM Hassan datang cuma saya je balik rumah.. *Homesick..lol ^^

Soalan pertama (IM Azhar) : Apakah hukum couple?

For sure all of us know, it is Haraam. Tak perlu nak berdolak-dalik, tak perlu nak kemukakan hujjah sebab memang perkara ini dah dilarang oleh Allah. Cuma inisiatif diri sendiri sama ada nak ikut atau pejam mata saja time bincang bab2 ni. *peringatan: ni bukan nak mengutuk sesiapa atau memalukan sesiapa but ini semua hanya peringatan sekali lagi lebih2 lagi buat kita muslimah :)

Cinta ni kita tak boleh halang. Yes, perasaan itu semua datang dari Allah jugak. Takkan ada rasa dalam hati melainkan Allah juga yang gerakkan hati kita. Pernah tak jumpa mamat hensem tepi jalan tapi korang buat don't know je? Padahal mamat tu hensem gile macam mamat korea ke..apa ke.. *contoh je :) But anyhow, yang korang suka tu tak kiralah pendek ke, gelap ke, hindung tak mancung ke, still, sebab Allah dah sampaikan rasa itu, barulah kita boleh rasa kan?

Tapi, betul ke cara kita hargai rasa yang Allah berikan tu? Yes, my dear. Think. And here it goes, kalau korang suka somebody, just pray to Allah. Dia kan Maha Kuasa. Dia lagi tahu apa yang terbaik untuk kita. And please take note to this one. remind yourself and others and of course remind me too if I ever forget. Saya pun manusia jugak macam korang :)

So, cinta ni banyaklah pula pendefinisiannya. Cewah.. ~

Ada yang memaknakan cinta itu apabila "mata bertemu mata". Yep, the power of the eyes. And that's it ladies, lower your gaze. Sebab mata, jatuh ke hati, mulalah syaitan menari2 ambil kesempatan pada rasa yang kita ada.

Cinta juga didefinisikan bila kita cakap "I LOVE YOU". Betul ke ni? Betul la~ Tapi kena tak masanya? Mungkin tak kot~ So, nilai balik apa yang anda buat hari ini dan hari semalam. We all tend to make mistakes but it's never too late to repent :)

Cinta kayu. Heard about it? Err..yang ni IM Azhar yang cakap. Rasanya benda paling best adalah benda ni kot. Orang yang dikatakan kayu ni sebenarnya dia tak sedar bila ada yang suka dia. Ada kes sampai bagi hadiah *nak bagi hint la ni.. tapi, still orang tu tak paham2 gak. Memang hati kayu betul la ni.. Better orang2 macam ni terus hantar rombongan meminang, baru dia faham kot~

Dan cinta yang paling agung, Cinta Illahi. Yes my dear. You wouldn't feel bad when you love Him. You wouldn't feel sad if you love Him. You wouldn't feel uneasy if you love Him. Sebab apabila kita cinta Dia, semua yang hadir dalam hidup hanya kebaikan. Dugaan datang pun sebab Dia nak bagi sesuatu yamg lebih baik untuk kita. Dia nak semarakkan lagi cinta kita kat Dia. Dia nak beri pengampunan dosa. It's beautiful, ain't it? So, keep loving Him always and forever :)

Jika kita cinta Allah, maka ikutlah Rasulullah SAW



InshaAllah bersambung ...
maybe kat sini or maybe at my blog :)

No comments: