3 November 2011

Cinta Serban dan Jilbab 2

Assalamualaikum and greetings to all :)

Yep..saya dah putuskan untuk teruskan mengepost berkenaan perkara di atas kat sini. Sebabnya.... emm..lalala~ abaikan~ haha ^^

Wait, ada tak orang pernah tanya "Sebab apa tak boleh couple?"

Okay, it is such a tense situation. Awkward. Saya tahu tak semua orang suka cakap pasal benda ni, tak semua orang kisah pasal hal ni, tak semua orang nak ambil berat pun tentang isu remaja remaji sekarang ni. Saya takkan paksa anda baca apatah lagi memarahi, tapi anggaplah ini satu perkongsian ilmu. Kalau bukan sekarang, inshaAllah akan digunakan untuk masa hadapan. Lagipun, apa yang menyebabkan anda baca post ni sekarang pun tak lain tak bukan hanyalah Allah sebagai penggerak hati untuk menjenguk laman bellatrix ni, mengerakkan mata untuk terus-terusan membaca post ini dan seterusnya ... wallahua'alam :)

Okay, berbalik kepada perkara di atas ^^ maaf, saya banyak sangat emm.. pendahuluan..? Emm..sepatutnya soalan tersebut lebih berbunyi kepada "Kenapa tak boleh ada perhubungan antara lelaki dan perempuan melainkan tujuan tertentu?"

Sebab pertama : Akan menimbulkan fitnah
Sebab kedua : Boleh sebabkan jatuh kasih sayang
Sebab ketiga : Membawa kepada permulaan zina

Hal ini telah diperingatkan kepada kita dalam kitab suci Al-Quran :

"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." -Surah Al-Israk: ayat 32

Dan ini juga merupakan bukti bahawa Rasulullah SAW sangat tegas dalam bab2 menjaga perhubungan

Couple Islamik??

Benda ni maybe ada yang pernah dengar, ada yang pernah terdengar pastu lupa, ada yang tak tahu langsung *mungkin.. tapi, benda ni memang wujud, pernah terjadi dan ada possibility akan ada yang menggunakan istilah ini untuk mencucuk jarum. teettt~

Pernah dikhabarkan, akhawat (perempuan) couple dengan ikhwah (lelaki) atas dasar dakwah. Kononnya nak bagi bimbingan dan dorongan dan sokongan untuk ikhwah berubah. T.T

(story by IM Azhar *sorry bercampur aduk sedikit)
Ada yang siap before nak keluar pergi date bagi mesej " Awak, jangan lupa baca Bismillah..". Ada yang bagi telekung sebagai hadiah *kalau hantaran bolehlah terima kutt~ dan emm.. macam2 lagi lah. Macam2 karenah rupanya manusia ni kan?

Betul ke cara Couple Islamik ni? Hmm~
Betul ke bila kita couple cara macam ni tiada langsung unsur2 zina.
Ops! Maaf sekiranya anda kata "Ya, saya bebas zina!" kerana jawapannya, wallahua'lam~
Setiap daripada kita tak mustahil melakukan zina. Zina ni banyak kategori. Mata, lidah, hati semuanya boleh terlibat dalam zina.

Macam mana zina dengan mata? Melihat~

Macam mana zina dengan lidah? Berkata2-ayat nak manis sume masyuk~

Macam mana dengan hati pula? Bila kita rasa RINDU (nafsu syahawat)~

Bahaya kan? Dosa tanpa sedar, perkara yang patut kita takuti setiap hari. Kita tak sedar pun kita buat dosa, manakannya kita nak bertaubat pula bukan? But please, start from now on, mohon ampun pada Allah atas segala dosa tak kiralah yang nyata atau tertak sengaja. We'll never know for sure. Only He knows everything :)

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

An-Nur : ayat 31


Seorang 'alim ulama' mengatakan... hal ini depends pada kita.
excited to hear?
Hanya sekiranya kita mampu membutakan mata, mampu membinasakan lidah, mampu mendiamkan hati, maka cinta itu HALAL.

Dalami statement di atas. Mampukah kita sebagai hamba Allah yang lemah ini?


If you want to succeed in life and hereafter, please make Quran as your guidance :)
bersambung..again.. (^-^)


related post :