Apa khabar semua ? Ouh diharap korang sentiasa pink in health gituuuuu .
Sebenarnya pada pendapat gua , idea blog batch ini sangat menarik . Jadi , terima kasih buat Saudari Adlin Atikah kerana telah menjadi pengasas kepada blog ini .
Gua tak faham kenapa ayat skema sangat =,='
Tomeinyerww dierww . Maaf , gambar cilok fesbuk . |
Tapi , bila dah tak ada orang nak update , semua macam malu-malu je nak post dekat sini . So gua pun buat muka tak malu post dekat sini (muka kerek).
Ekceli , gua tengok ramai yang post dekat Bellatrix Batch dekat fesbuk tu tentang scholar sana , scholar sini . Gua yang tak layak mohon ni pun hanya mampu , 'sob sob' bunyi diaaa . Di samping itu aku tengok ramai jugak yang dok konfius nak amik kos apa . Nak pegi U mana . Nak pergi Matriks ke tidak .
Kan Kan ?
Aku tahu , kita semua dilema *tunduk sambil pegang dahi* . Ada yang nak jadi doktor , ada yang nak jadi engineer , cikgu , accountant , farmasi , doktor gigi , doktor haiwan , doktor sakit jiwa dan juga doktor cinta . Okay , yang last tu tipu je .
"Minumlah Jus Mate 5 !" - Dr Kurus . |
Jadi di sini , aku nak bagi tips . Sempat lagi nih walaupun UPU tutup hari ni -.-
First , tanya hati .
Tanya diri korang sendiri , korang nak jadi apa . Dalam hal ini , korang boleh pergi bertapa . Hoishh tak perlu lah pergi ke Gua Mulu atau Gua Musang mahupun Gua.com.my . Korang pergi lah usha rumah korang tu . Carik port-port baik punyaaaa . Yang sunyi sepi . Yang bunyi lalat pun tak boleh dengar . Tak kisah lah dekat dapur ke , dekat halaman rumah ke , dekat bedroom ke , mahupun bathroom . Korang duduk rileks-rileks . Jangan tension-tension . Lepastu korang tanya diri sendiri . Asyoself omputeh kata .
"Well , apa aku patut jadi ye "
"Jadi ni lagi baguihh ka jadi tu lagi baguihh ?"
PALING PENTING , "Erm , aku boleh bawak ke tak ?"
Sambil-sambil tu korang boleh pasang lagu Maher Zain jugak kalau nak lagi feeling .
Ni abang sulung gua |
Well , lepas korang dah buat pilihan di hati (ceyh macam carik bakal suami je) , korang tanya mak bapak korang . Mintak pendapat diorang . Before that , korang pergi lah buat kerja rumah dulu , memasak ke , jemur kain ke , sapu rumah ke . Kata anak dara . Gua pun dah pandai memasak . Korang bila lagi ? Ehem !
Tak pun , pergi lah buat air kopi ke , teh ke . Twister pun sodap jugak . Masa nak tanya tu , korang bagi mood depa lek lok sikit naa . Kemudian , korang tanya lah apa yang patut . Walaupun diorang bebel ke , dok leter je memanjang , korang hulur je lah telinga tu . Dengar je .
Bila diorang dah bagi pendapat dan cadangan , korang compare balik dengan pilihan yang korang dah buat sampailah korang semua mencapai kata sepakat . Ingat , sepakat membawa berkat .
Ngeh Ngeh .
Third , isi UPU .
Dalam hal ni , ada 8 pilihan . Tak mau cakap banyak . Korang sendiri dah besar panjang , pandai-pandai lah pikir sendiri macam mana nak isi . Tu pun nak kena ajar ke ? Grrrrrr !
Last , tawakal .
Amik wuduk , pakai telekung , bentang sejadah . Pastu korang doa lah kepada-Nya dan serahkan segalanya . Dapat tak dapat , yang penting kita dah usaha . Kalau tak dapat apa yang kita nak , terima je lah . Jangan nak leleh sana leleh sini . Tak macho aa cengginiiii !
Bagi yang non-muslim , korang doa jugak kepada Tuhan masing-masing .
"Sesungguhnya Allah tak bagi apa yang kita nak tapi Allah bagi yang kita perlu" - Bellatrixian .
Kesimpulannya di sini , korang buat lah pilihan yang bijak . Kalau korang dok pikir peluang kerja tu ada ke tak , susah ke nak dapat kerja , perempuan susah berbanding lelaki and bla bla bla . Korang tak payah risau sangat la . Dapat kerja atau tak , tu semua rezeki . Kerja Tuhan . Jangan nak khuatir sangat . Kalau ada rezeki kita tu , ada lah . Yang penting usaha . Bak kata pepatah , hendak seribu daya tak hendak seribu dalih . Ceh ceh !
Don givapp bebbehhhh !
Okay lah . Sampai sini je gua tulis . Korang pun mesti dah menyampah dah . Btw , er er , saja je guna 'gua' sebab bajet gengster . Haktuihhhh -___-
P/s : Apa-apa pun , siapa tengok ABP semalam ? Mari kita ramai-ramai sokong Usop Wilchaaa !
Yang benar ,
Tanpa nama .
7 comments:
nice writing :)) siapa punya kerja neh? HAHAH :p
and jyeahh GO, Usop Wilcha! <3
haha. cayalah. ehem2. inshaAllah kite berjaya.
sesape pon yg tulis post ni, terime kaseh byk2. ouh..ya.. kito bakor je.. hehehe :DD
Eh, ni aku rasa Mirayue tulislaaah :o Weh weh, aku nak masuk UIA. Nanty bolehla kita kita cuci mata usha pakwe-pakwe hengshem ^^ kan kan Mirayue?
Thanks gengster. Marilah imarah kan blog ni :)
Insyaallah. ish lagi tak sabar nak masuk U. btw aku rasa ni macam mirayue je. hehehe thanks kecik! :p
This is soooo mira yusleeza. Thank you shawty! Keep writing!
wah, sangat menyentuh hati pada hasil tulisan 'tanpa nama'. insyaAllah, segala tips ini sangat membantu. terima kasihhhhh.
Post a Comment